Tuesday, 11 September 2012

Quickmathic vs sunQuick


Alhamdulillah, kali ni chop stick nak ajak kengkawan main satu permainan yang sangat best + belajar tentang bentuk 3D & 2D tanpa kita sedari.. hohohoi...Ekceli bende ni sebenorny ABM jugak n sangat sesuwai untuk cikgu-cikgu guna pakai mase ngaja..Game ni sangat la kacang n seblom nak main, saya nk habaq mai kat hangpa pasal game ni...



QUICKMATHIC

KUMPULAN SASARAN: Murid tahun 3

BAHAN-BAHAN:
·         Kertas warna




BENTUK-BENTUK 3D:



MANUAL QUICKMATHIC:

·         Kad ini mengandungi 40 kad yang mempunyai pelbagai bentuk dan warna
·         Terdapat 8 bentuk yang terdapat pada kad ini iaitu segiempat tepat, segiempat sama, bulat, segitiga, trapezium, kiub, kuboid, dan silinder.
·         Untuk setiap bentuk yang ada, terdapat 5 warna berbeza iaitu hijau, biru, merah, jingga dan kuning.
·         Permainan ini boleh dimainkan oleh 4-6 orang
·         Seorang pembahagi (dealer) harus dipilih dengan setiap pemain mencabut kad. Pemain yang mencabut kad yang paling tinggi nilainya dipilih menjadi pembahagi.
·         Pembahagi akan mengocok set kad dan membahagikan 5 kad kepada setiap peserta dan kad selebihnya akan diletak ditengah dengan kad teratas dari simpanan didedahkan sebagai asas timbunan.
·         Permainan bermula dengan pemain di sebelah kiri pembahagi, oleh itu para pemain mengambil giliran mengikut arah jam.
·         Dalam setiap giliran, seorang pemain boleh memainkan kad yang memadani warna atau bentuk kad yang terdedah
·         Sekiranya seseorang pemain tiada kad yang betul, maka dia perlu mencabut kad teratas dari simpanan, sama ada memainkannya atau menyimpan dalam tangannya
·         Sekiranya tiada kad lagi dalam simpanan, maka kad timbunan dikocok dan diterbalikkan untuk mengitar semula kad simpanan
·         Pemenang akan didapati apabila berjaya mengumpulkan 4 kad yang sama bentuk atau warna
·         Pemenang mesti menyebut quickmathic seraya menunjukkan keempat-empat kad yang berjaya dikumpulkan ditengah.



KAD QUICKMATHIC...jom main!!!








































No comments:

Post a Comment