Tuesday, 11 September 2012

UPSR???

Alhamdulillah segala puja & puji hanya untuk Allah subhanahuwataala, selawat dan salam buat rasul junjungan Nabi Muhammad sallallahu'alaihiwasallam, para rasul, para sahabat dan semua pendokong agama Allah hingga hari kiamat.. Untuk entri yang ketiga ini...uhuk2...dah tiga rupanye..hehe.. chop stick nk story sket pasal UPSR.. Untuk pengetahuan UPSR 2012 baru bermula pada minggu ini.. So, chop stick mengambil kesempatan untuk mengucapkan oldebes kepada semua calon-calon UPSR satu Malaysia khususnya anak-anak didik saya di SKSS, SKTP & SKTC...

walaubagaimanapun, sebenar-benarnya entri ni bukanlah berkaitan dengan UPSR pon, tapi nk cerita pasal seorang budak berumur 'UPSR' (12 tahun la) yang sangat kool dan hensem iaitu........jeng2.. Sultan Muhammad Al-Fateh..

Link ini adalah tentang Muhammad Al-Fateh mase dia 'mude-mude' dulu. Post ni ditulis oleh Ustaz Hasrizal Abdul Jamil yang femes dengan novel 'Aku Terima Nikahnya. =)

Chop stick tahu serba sedikit je pasal sultan muda ni..hihi.. x khatam lagi..adoi.. tp nk cite jgak sket..heheh.. k..emmm.. Sultan Muhammad ni pernah memegang jawatan Sultan mase umur beliau 12 tahun..perghh.. hensem tak.  Mase tu, ayah beliau Sultan Murad nak berehat sekejap kat Pulau Magnesia..bkan pergi bercuti tau tapi nak berkhalwat mendekatkan diri kepada Allah.. Subhanallah.. patut la Sultan Muhammad ni power.. ayah beliau pon power...heheh.. kalo pembaca-pembaca sekalian nk tahu dengan lebih lanjut tentang tokoh Islam yang bernama Muhammad al-Fateh ni, bleh la rujuk di sini..

Kalo berminat dengan novel @ buku, saya cadangkan anda untuk membaca buku seperti di bawah:





k, sebelum saya berundur, jom kita tengok video ini.. sekian, Wallahuta'ala a'lam




Quickmathic vs sunQuick


Alhamdulillah, kali ni chop stick nak ajak kengkawan main satu permainan yang sangat best + belajar tentang bentuk 3D & 2D tanpa kita sedari.. hohohoi...Ekceli bende ni sebenorny ABM jugak n sangat sesuwai untuk cikgu-cikgu guna pakai mase ngaja..Game ni sangat la kacang n seblom nak main, saya nk habaq mai kat hangpa pasal game ni...



QUICKMATHIC

KUMPULAN SASARAN: Murid tahun 3

BAHAN-BAHAN:
·         Kertas warna




BENTUK-BENTUK 3D:



MANUAL QUICKMATHIC:

·         Kad ini mengandungi 40 kad yang mempunyai pelbagai bentuk dan warna
·         Terdapat 8 bentuk yang terdapat pada kad ini iaitu segiempat tepat, segiempat sama, bulat, segitiga, trapezium, kiub, kuboid, dan silinder.
·         Untuk setiap bentuk yang ada, terdapat 5 warna berbeza iaitu hijau, biru, merah, jingga dan kuning.
·         Permainan ini boleh dimainkan oleh 4-6 orang
·         Seorang pembahagi (dealer) harus dipilih dengan setiap pemain mencabut kad. Pemain yang mencabut kad yang paling tinggi nilainya dipilih menjadi pembahagi.
·         Pembahagi akan mengocok set kad dan membahagikan 5 kad kepada setiap peserta dan kad selebihnya akan diletak ditengah dengan kad teratas dari simpanan didedahkan sebagai asas timbunan.
·         Permainan bermula dengan pemain di sebelah kiri pembahagi, oleh itu para pemain mengambil giliran mengikut arah jam.
·         Dalam setiap giliran, seorang pemain boleh memainkan kad yang memadani warna atau bentuk kad yang terdedah
·         Sekiranya seseorang pemain tiada kad yang betul, maka dia perlu mencabut kad teratas dari simpanan, sama ada memainkannya atau menyimpan dalam tangannya
·         Sekiranya tiada kad lagi dalam simpanan, maka kad timbunan dikocok dan diterbalikkan untuk mengitar semula kad simpanan
·         Pemenang akan didapati apabila berjaya mengumpulkan 4 kad yang sama bentuk atau warna
·         Pemenang mesti menyebut quickmathic seraya menunjukkan keempat-empat kad yang berjaya dikumpulkan ditengah.



KAD QUICKMATHIC...jom main!!!








































ABM (PAPAN GEO)


Assalamu'alaikumwarahmatullah, salam sejahtera & salam bulan Syawal..(",).. Alhamdulillah, sebelum terlupa, saya mengucapkan salam perkenalan dari Chop Stick..heheh.. Sebagai permulaan, saya ingin berkongsi tentang satu alat bantu mengajar (ABM) untuk subjek matematik Tahun 2. Selamat mencuba!!

KUMPULAN SASARAN: Murid tahun 2

BAHAN-BAHAN:
·         Mounting board
·         Plastik
·         Binding tape
·         Pen marker

BENTUK-BENTUK 2D:
SEGI EMPAT SAMA








SEGI TIGA SAMA KAKI

SEGI TIGA SAMA SISI













SEGI TIGA SUDUT TEGAK
ROMBUS

TRAPEZIUM

MANUAL:
·    Papan geo mempunyai titik-titik yang sama jarak
·    Pengguna dikehendaki untuk menyambung titik-titik tersebut menggunakan pen marker
·    Pengguna akan menyambung titik-titik tersebut menjadi bentuk-bentuk 2D seperti segi empat sama
·    Pengguna boleh memadam garis yang menyambung titik-titik yang telah dilukis, dan boleh membentuk bentuk 2D yang lain
  
ini la PAPAN GEO..hihi